Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKMM LENGKAPI USAHA KERAJAAN LAKSANA SST

Almain (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Mohd Isam Abdullah sebagai penceramah pada Taklimat Khas SST berkenaan.Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta jabatan dan agensi di bawahnya berupaya melengkapi usaha-usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menjayakan pelaksanaan Cukai Jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkata, usaha berkenaan selaras dengan teras utama KKMM untuk menghubung rakyat serta membina masyarakat bermaklumat agar dapat memastikan penyampaian berkenaan SST itu dapat disebarkan kepada umum.

“KKMM melalui jabatan dan agensi di bawahnya berupaya memberikan sokongan dalam memasarkan dan menyebar luaskan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan dasar baru ini kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Penggunaan pelbagai platform komunikasi yang telah tersedia di jabatan dan agensi masing-masing dapat memastikan penyampaian secara komunikasi bersepadu yang efektif dan berkesan.

“Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai contoh boleh mencapai jangkauan penyampaian maklumat yang meluas dan pantas melalui pelbagai kaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Taklimat Khas SST di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM Datuk Almain Ajirul.

Katanya, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melalui pelbagai pendekatan pula memainkan peranan yang penting untuk mendekati dan memberikan penjelasan kepada masyarakat secara bersemuka melalui program lapangan.

Jelasnya, usaha itu amat penting bagi membina persepsi yang positif dalam kalangan masyarakat berhubung pelaksanaan SST dan seterusnya membolehkan ianya difahami serta diterima oleh masyarakat.

“Umum mengetahui bahawa platform media baru mempunyai pengguna yang lebih meluas dan menjadi salah satu sumberi rujukan utama bagi mendapatkan sebarang informasi terkini.

“Selain itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan juga boleh ditularkan lebih pantas dan meluas melalui penggunaan media ini.

“Justeru, semua jabatan dan agensi KKMM juga boleh mempergiatkan usaha-usaha penyampaian maklumat SST dan penyelesaian kepada massyarakat khususnya kepada golongan muda melalui saluran media sosial yang dikendalikan oleh pihak massing-masing bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian tersebut,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan