Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKLW peruntukkan RM200 juta bina PBR seluruh negara

Shafie Apdal (tengah) menyampaikan bantuan kepada  menyampaikan  sumbangan salah seorang daripada 71 keluarga mangsa kebakaran Kampung Sentosa Hilltop. - foto Masani Sandan
Shafie Apdal (tengah) menyampaikan bantuan kepada menyampaikan
sumbangan salah seorang daripada 71 keluarga mangsa kebakaran Kampung Sentosa Hilltop. – foto Masani Sandan

TAWAU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM200 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR) meliputi baik pulih dan bina baru di seluruh negara pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, daripada jumlah itu Sabah memperolehi RM50.2 juta bagi membina 1,002 unit rumah baru dengan kos RM50,000 setiap satu manakala 307 rumah lagi akan dibaikpulih.

Menurutnya, sebanyak RM50.5 juta diperuntukan untuk membina 974 rumah baru dan membaikpulih 3,270 rumah PBR di Semenanjung manakala di Sarawak sebanyak RM50 juta untuk membina 780 rumah baru dan 2,167 rumah dibaikpulih.

“Kita membina dan baikpulih rumah dengan peruntukkan itu untuk golongan yang layak dan berdaftar dengan e-Kasih dan telah mengenalpasti serta menyenaraikan nama mereka yang layak untuk menerima PBR ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sumbangan kepada 71 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sentosa Hilltop, di sini hari ini.

Terdahulu pada majlis itu Shafie telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 kepada ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu dan juga sumbangan barang makanan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Katanya, beberapa buah rumah dalam program PBR berkenaan telah mula dibina manakala selebihnya dalam proses memastikan tapak tanah untuk pembinaan rumah berkenaan diselesaikan terlebih dahulu.- oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan