Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KKLW peruntukkan RM 226.62 juta kepada SLDB

5:07pm 24/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 80 views Berita Pilihan,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memperuntukkan sejumlah RM 226.62 juta bagi tempoh lima tahun (2016-2020) kepada Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata peruntukkan yang diberikan itu bertujuan untuk melaksanakan tanaman semula sawit di jawasan peneroka di Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Merotai.

” Peruntukkan tersebut juga adalah bagi membangunkan Geran- Geran Komunal Bombong di Kota Marudu, Kabintaluan di Tenom dan Sumatalun di Nabawan.

” Saya juga difahamkan bahawa sebelum ini SLDB tidak pernah mendapat sebarang peruntukkan daripada KKLW yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat khususnya masyarakat di luar bandar,” katanya.

Musa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan ADUN Klias, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkenaan pelaksanaan projek- projek KKLW di Sabah.

Menurut Musa, sebuah Jawatankuasa Bersama antara KKLW dengan Kerajaan Negeri Sabah ditubuhkan bagi memantau dan menyelesaikan isu- isu yang berbangkit menerusi segala projek yang hendak dilaksanakan di negeri ini.

” Penubuhan Jawatankuasa Bersama atau Joint Committee ini adalah tepat pada masanya bagi memastikan bukan sahaja pihak KKLW, bahkan Kerajaan Negeri Sabah juga turut sedia maklum akan projek- projek yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan