Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKLW Cadang Pasang Kabel Bawah Laut Kedua Di Pulau Sebatik

TAWAU : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang memasang kabel bawah laut kedua bagi menampung keperluan bekalan elektrik yang meningkat di Pulau Sebatik dekat sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Muis Picho berkata, penyambungan kabel sedia ada sepanjang 12.5 kilomter dari Kampung Pasir Putih di Tawau hingga ke Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik masih mampu menampung keperluan elektrik harian penduduk pulau itu namun sekiranya berlaku ‘power trip’ kira-kira 15 kampung di pulau tersebut akan terjejas.

“Bila cadangan ini menjadi kenyataan kira-kira 6,000 penghuni Pulau Sebatik akan menerima manfaatnya,” kata beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW Datuk Ahmad Jailani Mohamed Yunus membuat lawatan kerja dan tinjauan di sub-stesen elektrik di Pasir Putih dan Sungai Tongkang dekat sini, hari ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan