Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,757

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KKLW bertanggungjawab meluluskan tender bagi projek infrastruktur air

2:54pm 22/11/2016 Leolerry Lajius 1153 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Kuasa untuk meluluskan tender bagi projek infrastruktur air di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) adalah terletak di bawah kuasa Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Demikian ditegaskan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marhaban, ketika menjawab soalan yang yang dikemukakan oleh ADUN Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang bertanyakan mengenai siapakah yang memberi kuasa kepada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk meluluskan tender-tender infrastruktur air di negeri ini.

Ramlee menyatakan, untuk rekod, Kerajaan Negeri mempunyai dua sumber pembiayaan berbentuk geran untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur air di negeri ini iaitu peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Sebahagian daripada projek air di Sabah adalah dilaksanakan melalui dana daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui BALB.”

“Di bawah BALB ini, KKLW adalah Pengawal Peruntukan dan Agensi Pelaksana manakala Jabatan Air Negeri Sabah pula selaku jabatan yang bertanggungjawab ke atas bekalan air di negeri ini hanya berperanan sebagai agensi perancang, penasihat teknikal dan penguasa projek semasa tempoh pelaksanaan,”katanya ketika persidangan DUN yang ke-14 Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa, perkara itu selaras dengan surat kuasa yang diberikan oleh KKLW kepada Jabatan Air selaku pegawai penguasa untuk setiap projek bagi tujuan pentadbiran sahaja dan segala urusan kewangan termasuk pengawalan peruntukan dan proses pembayaran adalah dilaksanakan di peringkat KKLW.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan yang dikemukan oleh ADUN Banggi Datuk Mijul Unaini, yang bertanyakan sejauh mana kebenaran mengenai kelulusan projek di bawah RM30 juta yang telah diambilalih oleh KKLW yang sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah sebelum tahun 2010.

Beliau menyatakan bahawa, perkara ini adalah benar kerana sebelum tahun 2010 kelulusan bagi projek di bawah RM30 juta adalah terletak di bawah kuasa Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah sebelum tahun 2010 sebelum diambil alih oleh KKLW.

“Memang benar sebelum 2010 kuasa perolehan terutamnya projek infra air yang sepatutnya pegawai pengawalnya adalah Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah tetapi telah diambil oleh KKLW.”

“Hal ini berkemungkinan atas tujuan memonopoli sasaran projek BALB yang pada ketika itu mencapai 90 peratus bekalan air bersih untuk diberikan kepada rakyat, namun pengambilalihan itu dilihat masih gagal memberikan manfaat kepada rakyat.”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan