Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKLW bakal bina loji rawatan air kedua di pulau Sebatik

TAWAU, 26 Ogos (Bernama) — Sebuah lagi loji rawatan air akan di bina di Pulau Sebatik bagi menangani masalah bekalan air di pulau itu, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman.

Beliau berkata perkara itu telah dirujuk kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan perancangan pembinaannya sudah diluluskan.

“Kita tunggu peruntukan selepas pembentangan bajet 2019 ini dan pembinaan LRA berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 15,000 penduduk di 17 kampung dalam Pulau Sebatik,” katanya ketika ditemui pemberita pada fiesta buah-buahan tempatan peringkat perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Pulau Sebatik memiliki sebuah loji rawatan air di Wallace Bay namun tidak mampu menampung bekalan keperluan penduduk di pulau tersebut.

Dalam pada itu, Ma’mun berkata beliau turut maklum mengenai masalah bekalan elektrik serta jaringan jalan raya di Pulau Sebatik selain akan memantau perkara itu sebelum menyarankan tindakan mengatasi sewajarnya kepada kerajaan.

“Saya ada dengar cakap-cakap masalah itu (elektrik, jalan raya), saya mahu tengok sendiri dan memantau sebelum menyarankan kepada kerajaan apa bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat,” katanya yang akan turun padang di di seluruh kawasan parlimen Kalabakan, sepanjang tempoh dua bulan sidang parlimen berehat.

Menurutnya, kerja turun padang itu sebahagian inisiatifnya untuk menyelami masalah di akar umbi sebelum memberikan bantuan.

“Saya mahu tahu (daripada rakyat) apa lagi yang boleh dibuat, dipertingkat di Parlimen Kalabakan, mungkin kerajaan baharu ini dapat melaksanakan keperluan rakyat sedikit demi sedikit dan kalau bernasib baik dalam tempoh lima tahun semua yang dirancang tercapai,” katanya.

Sementara itu, Ma’mun mahu kontraktor yang diamanahkan membuat kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan parlimen Kalabakan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan baik.

“Mana kontraktor yang tidak mahu bekerja, perlu diberhentikan,” tegasnya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan