Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KKCCI akan terus jalin kerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan Sabah

6:08pm 15/02/2016 Leolerry Lajius 9 views Tempatan
 Datuk Michael menyampaikan angpau kepada salah seorang pengunjung ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Michael menyampaikan angpau kepada salah seorang pengunjung ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCI) akan terus menjalin kerjasama dan menyokong kerajaan terumatama sekali kepada kerajaan negeri Sabah untuk bersama-sama membangunkan negeri ini.

Menurut Presiden KKCCI Datuk Michael Lui Yen Sang, pihaknya akan sentiasa mendorong masyarakat terutamanya masyarakat cina di negeri ini untuk terus menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menghadapi cabaran masa kini.

“KKCCI sentiasa peka terhadap permasalahan atau isu yang melibatkan masyarakat dan akan terus menjalin kerjasama untuk membangunkan dan menyelesaikan masalah tersebut untuk kepentingan bersama,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut yang diadakan di Dewan Hakka Tanjung Lipat semalam.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan sokongan dan bantuan bagi pembangunan sekolah, tokong, dan penganjuran aktiviti masyarakat cina di negeri ini.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melantik Datuk Yeo Boon Hai sebagai mayor berbangsa cina yang pertama di Bandaraya ini, “katanya.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh ahli-ahli KKCCI turut dimeriahkan dengan persembahan pementasan, cabutan tiket bertuah dan juga pemberian angpow.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Michael (Tengah) ketika acara menggaul Lousang. -Gambar Oleh Alex Mairin

Michael (Tengah) ketika acara menggaul Lousang.
-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan