Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KJ sedia berdebat dengan TMJ

9:18am 14/04/2016 Pak Roshan 447 views Mutakhir,Sukan

image

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berbahas dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia sejak kebelakangan ini.

Tanpa mendedahkan tarikh dan tempat debat berkenaan, Khairy berkata beliau sanggup berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu sekiranya ia dapat meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan yang mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak selepas jatuh dalam ranking ke-174 dunia, kedudukan terendah dalam ranking FIFA yang diperkenalkan pada Dis 1992.

“Ya bermak ya, saya seorang lelaki yang sederhana. Ini satu perkara yangbaik untuk (pasukan) bola sepak (kita).

“Nanti orang kata tak nak bersemuka lah, apalah…,” kata Khairy pada sidang media sebelum menghadiri majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2015 di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi.

Pada Selasa, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, dilaporkan mahu berdebat dengan Khairy dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mencari punca dan juga penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: TMJ cabar KJ, FAM berbahas]

Baginda pada masa sama mahu dilaporkan sebagai berkata mahu perdebatan itu melibatkan para penyokong yang dibenarkan menyuarakan pendapat masing-masing dan menanyakan sebarang soalan yang dikehendaki.

Ia susulan kenyataan Khairy sebelum ini yang mendakwa bahawa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti.  – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan