Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KITA Wujud Dana Untuk Pulihara Hidupan Liar, Hutan Di Kinabatangan

KiTA

SANDAKAN– Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bilit mewujudkan dana untuk memulihara hidupan liar dan hutan semula jadi di Kinabatangan.

Presiden KiTA Alexander Yee berkata ini sejajar matlamat persatuan itu untuk menjalin kerjasama dan hubungan erat dengan masyarakat.

Beliau berkata dana itu akan ditadbir bersama JKKK Bilit untuk melaksanakan aktiviti seperti pembersihan sungai, jalan raya, jeti dan kawasan rekreasi selain mengelola aktiviti sosial bagi mengeratkan hubungan penduduk kampung serta pengusaha pelancongan.

KiTA ditubuh sejak lima tahun lepas dan dianggotai sembilan pengusaha pelancongan yang beroperasi di Kampung Sukau, Bilit dan Abai melalui pembukaan pusat penginapan serta pakej menyusuri Sungai Kinabatangan.

Yee juga berkata pengusaha di bawah persatuan itu mengenakan levi RM10 terhadap setiap pelancong di pusat penginapan mereka untuk mengisi dana berkenaan.

Beliau berkata pewujudan dana itu merupakan antara tumpuan penubuhan KiTA bagi usaha membantu pemuliharaan hidupan liar dan hutan semula jadi di kawasan Hilir Kinabatangan.

Komen


Berita Berkaitan