Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kita Perlukan Nafas Baharu Dalam Hiburan

7:20pm 23/05/2016 Zakir Sayang Sabah 32 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Terbinanya sebuah masyarakat apabila kita berjaya membina Tamadun Ilmu yang merentas segenap aspek dan sudut. Tidak kira kita berbicara dunia ataupun akhirat persoalan ilmu perlu dibahaskan. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam satu hadis telah menunjukkan apakah indikator sebenar dalam mencari kejayaan di dunia dan akhirat.

“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”

Hadith riwayat Tirmidzi

Kehebatan dan kesungguhan Malaysia dalam membina tamadun ilmu tidak dapat kita sangkal. Kewujudan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ibarat ledakkan ilmu di Malaysia. Kita sedang merints jalan kejayaan dengan pengaplikasian 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelbagai pelan strategik yang melibatkan IPT samada awam mahupun swasta di Malaysia.

Namun sedar atau tidak langkah ini sedikit terhalang apabila ada kuasa yang ketiga yang masih mahu mengekalkan masyarakat dalam kepompong songsang dan rosak. Media-media hiburan di Malaysia masih mengekalkan hiburan yang melalaikan dan bahkan ada yang keterlaluan. Suatu ketika dahulu kita berdepan dengan masalah drama dan filem berunsur ganas dan lucah namun hari ini masalah tersebut masih belum kita tanggapi tetapi hiburan di Malaysia telah semakin rosak dengan lagu-lagu yang cukup membinasakan keindahan bahasa dan tatabahasa.

KITA PERLU UBAH HIBURAN DI MALAYSIA

Islam adalah agama fitrah yang meraikan kehidupan dan jiwa manusia. Walaupun tujuan asal kita dihidupkan untuk mengabdikan diri kepada Allah namun hiburan adalah aksesori kehidupan yang perlu diraikan.

Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak mengharamkan penyair-penyair sedangkan penyair di zaman tersebut boleh dikatakan seperti artis di zaman ini. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri mempunyai sahabat yang menjadi penyair seperti Hasan Ibn Thabit, Ka’ab Bin Malik dan Abdullah Bin Rawahah.

Pensyair dizaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berpuisi bagi menjawab fitnah dan tomahan kaum musyrik terhadap Islam. Disamping itu mereka juga turut berdakwah dalam syair-syair mereka. Kita perlu kembali kepada fungsi hiburan seperti mana hiburan di zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Hiburan yang tidak keterlaluan dan hiburan yang mendidik masyarakat, mendidik jiwa dan sudah pasti aksesori yang baik dalam usaha kita menjadi hamba kepada Allah Azzawajal.

Hiburan hari ini selain tiada nilai bahkan ketanduhan bahasa yang sopan. Rasanya perkataan “JANGAN INGAT ABANG TAK PAYUNG” atau “KAU FIKIR KAU SIAPA BOLEH BLAH” adalah perkataan yang perlu diubah agar hiburan kita lebih menepati nilai dan disiplin berhibur.

Hiburan juga ada disiplin dan batasannya. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:

“Rasulullah sallallahu alaihi wasallam datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu”
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak melarang wanita itu untuk menyanyi tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melarang menyatakan bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah insan yang mengetahu apa yang akan berlaku. Ini bermakna tidak salah untuk berhibur tetapi teks dan konteks hiburan tersebut haruslah menepati nilai kemanusiaan dan keimuan.

Penyakit hiburan yang melampau ini semakin membarah apabila hiburan telah dilekatkan dengan pelekat agama. Ahli tarekat sufi yang melampau seperti Tariqat Naqsyabandiah Al-’Aliyyah Pimpinan Syeikh Nazim yang melakukan zikir secara menari dan ini satu ruang yang melampau dalam agama.

Sudah pasti kita tidak senang agama yang membawa rahmat sekalian alam ini dipusing dalil dan nas untuk membenarkan mereka menari. Itu tidak termasuk golongan yang beriqasidah dalam rumah-rumah Allah SWT yang di dalamnya sepatutnya menjadi tempat insan menyeru Tuhan dengan rendah hati dan rendah diri.

Pada masa yang sama qasidah dan selawat perdana cuba claim dengan pelbagai dakwaan seperti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam hadir bersama-sama mereka berqasidah merupakan dakwaan yang memerlukan pembuktian secara ilmiah dan perlu dibahaskan. Dakwaan seperti ini mampu memberi salah tanggap masyarakat bukan Islam di Malaysia ini kepada agama Islam.

Walaupun tujuan makna hidup yang sebenar ialah pengabdian kepada Tuhan Yang Esa dan hiburan adalah aksesori kehidupan namun kita perlu membina dan menentukan aksesori yang terbaik dan mendidik kita. Bukan aksesori dan hiburan yang melampau. Bukan hiburan yang membutakan hati dan membutakan nilai fikir manusia.

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan