Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kita Masih Lemah Dan Terus Mahu Lemah

12:39pm 17/08/2016 Zakir Sayang Sabah 36 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kita Masih Lemah Dan Terus Mahu Lemah | Melihat manusia sekeliling dengan ragam yang pelbagai. Pada pandangan zahir, raut wajah manusia mungkin akan kelihatan baik-baik sahaja. Sebab kita tidak dapat membaca hatinya. Tapi kita terlupa, bahawa ada ilmu yang boleh membuat kita tahu kelam jiwa seseorang itu dengan hanya melihat perlakuan sahaja. Dengan izin ALLAh Ta’ala.

Manusia selalunya akan meninggalkan suatu amalan, termasuklah dalam hal beribadah kepada ALLAh Ta’ala apabila yang terjadi dalam hidupnya tidak seperti yang dirancangkannya. Juga dalam hal berbuat kebaikan dalam kehidupan. Mungkin ada diantara kita tercabar pengislahan dirinya apabila ALLAh Ta’ala itu seakan-akan tidak membalas atau tidak menghiraukan segala yang kita lakukan. Lantas, merasa jemu dengan amalan kebaikan. Sesudah itu, mula bersarang kebencian didalam hati.

Kenapa ya? Anda tahu kenapa?

Tahu Kelemahan, Tapi Mahu Lemah

Kita ini, kadang-kadang buat tutup mata sahaja dengan benda-benda yang melemahkan kita. Walaupun kita tahu akar umbi benda-benda yang membuat kita makin menjauh dari ALLAh Ta’ala, tapi kita pandang sebelah mata dengan memberi seribu satu banyak alasan. Kadang-kadang bersandarkan pada anggapan ALLAh itu Maha Pengampunan untuk dijadikan lesen atas perbuatan-perbuatan yang jelas menjauhkan seseorang manusia itu dari Tuhannya, malahan!

Ya. ALLAh Ta’ala Maha Pengampun. Ampunan-Nya menenggelamkan dosa hamba-hambaNya. Tapi itu bukanlah satu sifat kasih dari Tuhan kita untuk menghalalkan kemungkaran kecil mahu pun besar yang manusia sedang dan akan lakukan.

Ada masa, manusia sedar dia tertipu oleh hawa nafsu diri sendiri. Manusia sedar dan tahu, tapi manusia terus-menerus mengkhianati diri sendiri dengan membiarkan nafsu jahat menguasai diri padahal jika bersungguh-sungguh, pastilah kejahatan diri sendiri itu dapat dilawan dengan amalan kebaikan.

Lagi, manusia suka pada perkara remeh-temeh yang menggembirakan.

Maka, jika nafsu jahat perlahan-lahan menguasai diri, timbul perlahan-lahan dalam hatinya tidak suka akan perkara kebaikan. Melihat orang berusaha melakukan kebaikan atau berakhlak mulia, sangat menjengkelkan baginya. Hipokrit, katanya!

Peringatan Datang Dari Diri Sendiri

Apakah apabila seseorang itu berasa ALLAh Ta’ala tidak adil, dan menjauhkan dirinya dari Tuhan, dia berasa tenang? Naaa. Sebaliknya, hidupnya akan dirundung gelisah, kemuraman. Mungkin, dirinya boleh bergelak tawa bersama rakan-rakan. Jiwanya hidup sekejap apabila berada dalam keramaian.

Tapi, akan sangat kekontangan apabila sedang bersendirian.

Hakikatnya, jiwanya tidak akan tenang selama hidup dalam keadaan mencuba untuk menjauhi ALLAh. Tapi subhanallah, sehingga hayatnya yang masih sempat dirasainya, ALLAh Ta’ala masih menunjukkan sifat Pengasih-Nya kepada sang hamba yang menunjukkan protes itu.

Cubalah bertanya kepada diri sendiri. Selamilah hati yang paling dalam, apakah anda bahagia dengan hidup yang tidak bermatlamat; meninggalkan solat, jemu membuat sebarang amal kebaikan, tidak mahu mendengar peringatan demi peringatan.

Bahagiakah? Saya pasti, anda tidak bahagia. Saya sangat pasti!

Mahu tahu satu hakikat? Satu realiti? Sebenarnya, keadaan yang berlaku tidak sesuai dengan kehendak anda itu adalah berpunca dari anda sendiri sebenarnya. Tetapi oleh kerana keegoan dan tidak mahu menerima kelemahan diri untuk mengaku anda gagal berhadapan dengan satu-satu situasi itu, maka anda merajuk dengan ALLAh Ta’ala.

Hakikat yang bila saya fikir, saya jadi malu pada ALLAh dan diri sendiri.

Psst! Manusia selalu berperangai yang jelik pada ALLAh, kan?

Sedang ALLAh Ta’ala terus-menerus memberikan nikmat-Nya.

Semoga ALLAh merahmati.

Penulis : Suhana Amiril

Blog Penulis : cintailahi.com 

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan