Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kita makan 1.8 juta ayam sehari

10:40am 20/07/2016 Pak Roshan 79 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

Kepala Batas: Rakyat Malaysia kebanyakannya memilih ayam untuk sumber protein dan memakan 1.8 juta ekor ayam sehari, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkata, selain ayam masyarakat negara ini juga makan 2.8 juta telur sehari.

Menurutnya, ayam menjadi pilihan rakyat memandangkan ia sumber protein yang murah berbanding sumber lain, seperti ikan.

“Jadi tidak boleh kita kata ayam mahal. Tidak boleh, sebab ayam masih yang paling murah, protein yang murah. Dulu orang kata ayam mahal, sekarang ini ayam paling murah, ayam paling penting,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Pusat Kecemerlangan Teknologi Padi dan Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Kompleks Pertanian Bumbong Lima dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh seminggu, pengeluaran ayam di Malaysia ialah 13 juta ekor dan hanya 12 juta untuk kegunaan tempatan.

“Baki satu juta dieksport ke Singapura dan negara lain. Secara keseluruhan, pengeluaran ayam di negara ini ialah 110 peratus,” kata Ahmad Shabery. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan