Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kita harus ‘cakap serupa bikin’ sebelum kita meminta orang lain untuk menjaga kebersihan- Mayor

Yeo bersama ketua-ketua jabatan DBKK ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Yeo bersama ketua-ketua jabatan DBKK ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

KOTA KINABALU: “Sebelum kita meminta orang lain untuk mejaga kebersihan , kita harus ‘cakap serupa bikin’ dengan mengamalkan budaya menjaga kebersihan di peringkat organisasi kita sendiri.’

Demikian ungkapan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, ketika berucap sempena program gotong royong perdana warga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di perkarangan Ibu Pejabat DBKK, petang tadi.

“Sebagai simbolik, saya akan mengagihkan enam buah tong sampah kitar semula kepada ketua-ketua jabatan DBKK dan juga lima buah Mesin Bio Green sebagai usaha untuk membantu pengasingan sisa makanan di DBKK.”

“Sehubungan dengan itu, kita harus mencapai objektif penganjuran gotong royong pada petang ini iaitu, melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan, menyusun peralatan pejabat, memastikan pejabat sentiasa bersih dan meningkatkan imej korporat DBKK,” katanya.

Tambah beliau Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) telah dianugerahkan dengan pensijilan “5S” pada tahun 2011 dan telah diperbaharui pada tahun 2013 serta tahun 2015 dan kini Jabatan Hal Ehwal Korporat pula dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan Ekosistem Konusif Sektor Awam (EKSA).

“EKSA memberikan penekanan kepada kewujudan persekitaran kerja yang kondusif dan juga menggalakkan amalan hijau,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta kakitangan DBKK.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Yeo bersama kakitangan DBKK smepena majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Yeo bersama kakitangan DBKK smepena majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan