Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Kita akan bina jambatan ke Pulau Bum Bum’- Najib

Ketibaan Najib disambut oleh ribuan rakyat Semporna yang hadir di majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

SEMPORNA: Kepesatan pembangunan di Daerah Semporna bakal berubah dengan lebih pesat selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan akan membina jambatan dari tanah besar Semporna ke Pulau Bumbum.

Menurut Najib, pembinaan jambatan itu adalah selaras dengan pengisytiharan status Pejabat Daerah Kecil Bum Bum yang dilihat bakal memberikan satu impak yang besar kepada daerah ini.

“Kita akan bina jambatan ke Pulau Bum Bum supaya bumi Semporna ini akan berubah dan rakyat akan mendapat manfaatnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, Penyerahan Geran Tanah Native Title (NT) Geran Tanah PANTAS dan Pengisytiharan Status Pejabat Daerah Kecil Bum Bum di Dataran Regatta Lepa, di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, Najib turut mengumumkan akan menaik taraf jalan menuju ke Pekan Semporna kepada empat laluan berbanding hanya dua laluan ketika ini dan turut melancarkan Pusat Pelancongan Antarabangsa yang dilihat mampu meningkatkan lagi perkembangan Daerah Semporna sebagai destinasi pelancongan yang terkemuka.

Mengulas mengenai situasi politik di Semporna dan Sabah khususnya, kekuatan Umno di Sabah tidak tergugat dengan tindakan mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Shafie Apdal yang bertindak keluar parti dan menerajui Parti Warisan Sabah.

“Dulu saya beri satu peluang yang luar biasa kepada beliau (Shafie) untuk menerajui KKLW dan saya sering nasihatkan beliau agar berjumpa dengan ketua menteri untuk berbincang soal pembangunan di Sabah tetapi beliau ingkar.”

“Yang lebih menyakitkan beliau sanggup tikam saya dari belakang, dan memburuk-burukkan saya,”katanya.

Yang turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, barisan pemimpin negeri Sabah, dan hampir 20,000 orang ramai yang turut membanjiri Dataran Regatta Lepa.

Dalam majlis berkenaan sebanyak 725 geran tanah telah diserahkan kepada penduduk Semporna./SayangSabah

Najib (tengah) ketika melancarkan gimik perasmian Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan