Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kisah Suka Duka Rezeki Di Awal Perkahwinan

2:58pm 09/05/2016 Zakir Sayang Sabah 260 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Saya nak kongsi pengalaman pahit manis masa awal-awal kahwin dulu, 3 tahun pertama hidup berumahtangga. Rasanya ramai yang hadapi perkara yang sama, masalah kewangan. Adik-adik yang baru kahwin atau tengah plan nak kahwin boleh ambil ni sebagai panduan, chewahhh..rasa macam dah tua plak.

Kami kahwin pada tahun 2007, dua-dua masih belajar UIA. Saya di tahun 2 dan isteri masih di tahun 1. Ya tahun satu, saya tak salah tulis.. nampak macam gatal nak kawin sangat kan.. heh.

Tapi sebenarnya saya dah plan lama tau, bukan saje-saje gatal terus nak kawin. Saya plan sejak 2003, masa tu saya tengah buat tahfiz di Darul Quran JAKIM. Walaupun calon isteri belum ada lagi tapi dah plan awal nak kawin masa belajar.

Oleh sebab dah ada plan, saya mula kumpul duit dengan buat bisnes jual topup HP di DQ dan matrik UIA PJ. Bila masuk uia Gombak tahun 2005 saya buat home tuition dan boleh dapat lebih kurang 2k sebulan, dah macam gaji fresh grad ni.

Adik-adik yg tengah nak cari duit saku memang saya suggest buat home tuition, senang sebab demand tinggi lagi-lagi di Lembah Klang. Buat je iklan di mudah.my nanti ramai akan call.

Pakcik-pakcik kaya sanggup je bayar RM50 sejam untuk ajar anak mereka, kadang-kadang diorang memang niat nak tolong bagi duit saku kat student universiti sebab tu tak kesah bayar lebih yuran.

Bila income dah stabil dan duit simpanan dah banyak baru lah saya cari calon. Alhamdulillah melalui orang tengah, @safira, saya berjaya propose Widyana Ali untuk dijadiakn isteri dan dia setuju berkahwin dalam masa terdekat. Saya terus hubungi mak dia dan lepas beberapa kali berbincang maknya pun setuju.

Alhamdulillah, nilai hantaran yg diminta hanya rm6000 tanpa barang-barang hantaran lain, tapi saya terpaksa hutang dengan kawan-kawan yang baik hati, sampai sekarang saya masih hargai keikhlasan mereka. Mana pergi duit yang saya kumpul sejak sekian lama?

Duit simpanan habis lebur sebab terpedaya dengan “investment” yang kononnya akan bagi return tinngi. Kerana masih mentah dan naive campur tamak, maka inilah harga kebodohan yang saya perlu bayar, duit untuk kawin habis sekelip mata.

Rasanya tinggal baki rm2000 je, sedih. Ingat ye, janganlah percaya dengan bisnes atau pelaburan yang menjanjikan return bulanan yang “too good to be true”. Saya dah insaf.

Tahun pertama perkahwinan, kami terpaksa pindah randah banyak kali sebab masalah bajet dan masalah silap faham dengan owner.

Mula-mula menumpang di rumah orang, pastu sewa bilik di atas kedai restoran, kemudian pindah ke flat Fiona di Batu Caves. Pindah lagi ke flat di Taman Melati dan terakhir sewa sebahagian rumah Makcik Rokiah di tepi MRR2. Banyak habis duit sebab bayar deposit dan kos perpindahahn.

Masalah kewangan makin meruncing bila kereta Proton Savvy 2nd hand yang saya beli selalu rosak, banyak kos habis untuk baiki. Dulu kononnya beli savvy sebab nak jimat minyak, tapi bila Google di internet baru tahu Savvy ni memang ada banyak masalah, menyesal beli.

Kalau nak kira duit yang masuk agak banyak, home tuition RM2000+ PTPTN RM600+ JPA isteri 1200, boleh dapat rm3800 sebulan tapi tu lah masalah pun banyak tambah pula nak bayar hutang orang.

Kadang-kadang sampai korek celah-celah almari cari duit syiling untuk beli makanan. Nak beli mesin basuh kena menabung berbulan-bulan dulu, beli peti ais kena tunggu berbulan-bulan lagi.

Tinggal di rumah kecil hanya dua bilik, Dyana nak masak pun susah sebab ruang dapur pun macam bukan dapur sekadar ada buat cukup syarat je. Kalau family nak datang ziarah kat rumah, kami hanya dapat sediakan sedikit makanan yg termampu sebab duit tak cukup.

Masuk tahun kedua pun masih sama, sampai tahap saya tak beli baju baru untuk diri sendiri dan isteri, kami utamakan dulu barang-barang rumah dan keperluan anak yang baru lahir. Mak saya tegur beberapa kali sebab saya tak beli baju untuk Dyana, saya rasa malu dan rasa bersalah.

Tapi Alhamdulillah Dyana sangat-sangat memahami keadaan kami dan dia bersabar, tetap tenang ceria. Dia cakap tak kesah pasal appearance ke, pasal tak ada barang kemas ke tak ada masalah yang penting tak susahkan orang lain. Selesaikan hutang orang dulu.

Pakaian untuk anak kami selalu belikan yang size besar supaya dia boleh pakai lama. Ikutlah orang nak kata apa pun kami tak kesah.

Walaupun hidup susah, kami dua-dua makin cemerlang pelajaran lepas kahwin. Dua semester sebelum kahwin Dyana tak pernah dapat Anugerah Dekan tapi lepas kahwin sentiasa dapat Anugerah Dekan setiap semester sampai grad.

Padahal mengandung, pastu jaga baby, tambah plak masalah kewangan dan masalah kesihatan anak. Saya pun sama, CGPA makin naik dan rezeki makin bertambah.

Pada tahun ketiga alam rumahtangga, keadaan ekonomi keluarga makin stabil. Masa ni saya dah di tahun akhir pengajian. Home tuition masih berjalan dan saya tambah kerja dengan jadi Consultant Public Mutual secara part time.

Sambil-sambil tu saya intai peluang pekerjaan samada swasta atau kerajaan, tapi kecewa sebab masa tu krisis ekonomi 2008-2009 maka peluang pekerjaan sangat-sangat terhad. Lepas grad saya tak dapat kerja makan gaji, teruskan kerja mengajar home tuition sambil jadi consultant. Tak pernah hadiri interview kerja.

Sekarang dah 9 tahun malayari bahtera rumahtangga, banyak dugaan dan ujian yang telah diharungi, susah senang bersama dengan penuh harmoni dan tolak ansur.

Makin lama makin bertambah rezeki, anak-anak pun makin ramai alhamdulillah. Dah lama berhenti buat home tuition, sekrang full time ejen Public Mutual.

Walaupun income bulanan saya sekarang dah lebih 10 kali ganda dari income masa baru kawin dulu, tapi kami tetap cermat uruskan perbelanjaan. Kalau ikut kiraan, saya dah mampu beli 2 biji BMW 5 series tapi saya masih pakai Myvi sampai sekarang.

Ada orang bila dah ada duit lebih mula lah rasa tak selesa naik kereta local, rasa bergetar dan sakit belakang katanya. Kepada adik-adik yang nak kahwin,

Rancanglah betul-betul perkawinan, kewangan kena urus secara teliti. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan masalah duit. Jangan ingat hidup suami isteri ni sweet-sweet sahaja.

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama TV3 je bila kahwin terus kaya, rumah fully furnished, kereta BMW.

Jangan ingat saya hadapi masalah kewangan sebab kahwin masa belajar, kawan-kawan yang kahwin lepas grad pun sama, semua mula dari zero balik.

Apa yang penting suami isteri kena bertolak ansur dan dua-dua kena berusaha dan sentiasa BERDOA DAN TAWAKKAL.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Tim Tazkirah, perkongisan Mohd Yazid Ismail)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan