Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kisah Penyelam Sama Jumpa 2 Kotak Hitam QZ8501 Dalam 24 Jam

aa

PANGKALAN BUN — Meskipun Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) bekerja keras menghantar 58 anggota penyelam, namun hanya seorang sahaja yang berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Paling menarik diketahui, penyelam itu, Serda Rajab Suharno berjaya menemui kedua-dua kotak hitam yang berbeza di lokasi sama dalam dua hari berbeza tetapi pada waktu hampir-hampir sama cuma dia terlebih seminit selepas 24 jam.

Dua kotak hitam tersebut iaitu flight data recorder (FDR = perakam data penerbangan) danvoice cockpit recorder (VCR = perakam suara percakapan juruterbang dalam kokpit) terletak di ekor pesawat dalam kedudukan sebelah-menyebelah.

Menurut akhbar tempatan, kejayaan pertama dicatat pada pagi Isnin, 12 Januari, kira-kira pukul 7.12 pagi (8.12 pagi waktu Malaysia); apabila Rajab turun menyelam bersama-sama Koperal Edi, Kapten Saiful dan Pelda Bambang Purwanto.

Beliau berjaya menemui FDR di dasar laut pada kedalamam lebih 30 meter dan keesokan hari iaitu 13 Januari pula, Rajab mencipta satu lagi kejayaan apabila menemui VCR ketika menyelam dengan Lettu Aang, Sertu Widodo, dan Kapten Saiful.

Serda Rajab Suharno (tengah) disambut rakan-rakan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut di atas kapal KRI Banda Aceh selepas berjaya menemui dua kotak hitam QZ8501 di Selat Karimata.

Uniknya kejayaan penemuan kotak hitam kedua itu dicatat pada pukul 7.13 pagi (8.13 pagi waktu Malaysia) iaitu hanya berbeza lebih satu minit dan ditemui berdekatan dengan tempat sama hari sebelumnya dijumpai kotak hitam yang pertama.

Rajab malah diberi gelaran ‘Pinger-man’ kerana ketika menyelam, dia cuma berbekalkan dengan pengesan logam dikenali sebagai pinger detector seumpama bentuk alat pengering rambut dan berfungsi menjejak isyarat bunyi ‘ping’ daripada kotak hitam.

“Alat ini sangat membantu saya, kalau tidak ada, pasti akan sangat sukar,” ujar beliau ketika ditemui di atas kapal TNI AL bernama KRI Banda Aceh sejurus selesai operasi pencarian di Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah pada Selasa.

Namun, Rajab tidak mahu dianggap sebagai orang paling berjasa ekoran kejayaan tersebut bahkan bapa kepada dua anak itu berkata, dia hanya menyelesaikan kerja pasukan yang turun sebelumnya dan secara kebetulan berhasil menemukan dua kotak hitam.

“Sebelumnya sudah ada beberapa penyelam turun, tetapi gagal, kebetulan saya pula turun dan Alhamdulillah berjaya pula jumpa,” jelas beliau yang lahir pada 13 Ogos 1973 dan berasal dari Kebumen dekat Yogyakarta di wilayah Jawa Tengah. – AGENSI

Komen


Berita Berkaitan