Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kisah Amar Bersama Zamani Ini Buat Kami Ingin Menangis

amar

NAMA vokalis kumpulan Slam, Zamani tiba-tiba hangat menjadi perbualan masyarakat Malaysia apabila videonya menyanyi semasa dalam tahanan menjadi viral di media sosial.

Meskipun diuji dengan kontroversi penglibatan dadah, penyanyi ini nyata menerima sokongan luar biasa daripada peminatnya hingga ramai menyifatkan kes ini mempunyai hikmah tersembunyi.

Selain Shah Slam, penyanyi nasyid popular Amar turut tampil bercerita pengalamannya bekerja bersama penyanyi itu hingga kami yang membaca hampir menitiskan air mata.

Kisah Amar yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya mencuri tumpuan netizen yang kagum akan peribadi mulia dan sikap rendah diri pelantun lagu Gerimis Mengundang ini.

Amar

Cerita Amar, “Sewaktu rehat sesi rehearsel dia ajak saya duduk semeja bersama pihak penganjur walaupun dia tak sembang dengan orang di meja. Katanya nanti orang sangka kita sombong. Sekurang-kurangnya kita join mereka makan.”

 

10945729_826859554047731_5220782781318518060_n

Kenyataan Amar jelas menunjukkan Zamani merupakan seorang yang bukan sahaja suka merendah diri, malah tidak sombong meskipun dia antara penyanyi terkenal di Malaysia satu ketika dahulu.

Malah luahan Zamani terhadap Amar mengenai kerjayanya seninya turut menyentuh hati kami ekoran kesempitan hidup selepas kurang mendapat jemputan mengadakan persembahan.

Sementara itu, kami tertarik apabila membaca kenyataan Amar bahawa meskipun Zamani terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah tetapi peribadi mulianya telah mengangkat nama penyanyi itu sendiri.

Sama-samalah kita doakan semoga Zamani dapat pulih daripada terus terjebak dalam kancah dadah seterusnya membuka lembaran hidup yang baru selepas ini. -MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan