Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kira-Kira 40,000 Kunjungi Rumah Terbuka Kabinet Sabah

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah di Kompleks Sukan Likas, hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah di Kompleks Sukan Likas, hari ini. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU : Kira-kira 40,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet Sabah di sini hari Khamis.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu, yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas di sini, memperlihatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Mudah-mudahan dengan adanya perayaan ini, dengan adanya begini ramai tetamu, diharap dapat mengeratkan lagi tali silaturahim, hubungan, perasaan persaudaraan dan perasaan kekitaan antara kita.

“Inilah yang kita akan lakukan dari semasa ke semasa, begitu juga dengan perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan, dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan