Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kira-Kira 14,000 Pelancong Dari China Dijangka Lawat Sabah Menjelang Bulan Depan

masidi-1-600x366
KOTA KINABALU : Kira-kira 14,000 pelancong dari China dijangka melawat Sabah termasuk kawasan pantai timur menjelang bulan depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata keputusan pelancong untuk terus mengunjungi Sabah mencerminkan keyakinan mereka terhadap jaminan keselamatan oleh kerajaan.

“Hasil ketekunan dan kecekapan pasukan keselamatan, terutama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), keselamatan di pantai timur telah bertambah baik,” katanya pada sidang media mengenai Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah (SIFF) Ke-11 2016 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kedatangan pelancong dijangka dari China dalam tempoh dua bulan akan datang melalui penerbangan sewa khas secara terus, yang akan menjana pendapatan kira-kira RM30 juta bagi Sabah. Mengenai festival tersebut, Masidi berkata sebanyak 11 negara termasuk  Malaysia, akan menyertai acara itu yang akan berlangsung selama enam hari.

“Selain Malaysia, negara-negara yang telah mengesahkan penyertaan ialah  Ireland, Indonesia, India, Filipina, Rusia, Korea Selatan, Sri Lanka dan Thailand serta muka baharu Australia dan Estonia,” kata beliau.

Melalui konsep tarian pahlawan, festival itu akan berlangsung dari 25 hingga 30 Julai sementara acara kemuncak pertandingan dari 28 hingga 30 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang dekat sini.

Menurut Masidi, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dijangka merasmikan festival itu pada 30 Julai manakala Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman akan merasmikan acara utama pada 28 Julai.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan