Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kira-Kira 100 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau

tawau

TAWAU — Kira-kira 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut di sini lewat hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.20 petang dan tiga jentera bomba bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat.

Komen


Berita Berkaitan