Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kini masa terbaik bangsa Momogun bersatu – Madius

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Tritahunan Upko Keningau pagi tadi di mana Datuk Dr Laurentius Nayan terpilih sebagai ketua bahagian Upko Keningau yang baru. Gambar SNT/Ehsan Upko

KENINGAU, 19 Sept (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kini adalah masa paling sesuai bagi bangsa Momogun (orang asal) di negeri ini bersatu dalam kerajaan sedia ada.

Katanya, bangsa Momogun tidak perlu membuang masa panjang untuk memikirkan hala tuju politik mereka pada ketika kerajaan yang ada sekarang sudah kukuh.

“Ini lah kerajaan kita .. kita perlu bersatu di sini. Kita perlu bersatu bersama kerajaan,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Mesyuarat Tritahunan Bahagian parti UPKO Keningau di sini, hari ini.

Pada majis berkenaan, seramai 2,157 onggota baharu menyertai parti itu iaitu 1,685 dari Keningau dan 472 orang dari Nabawan.

Madius yang juga pemangku presiden UPKO berkata, rakyat perlu melupakan kesibukan politik sebaliknya menumpukan perhatian untuk meningkatkan keterusan hidup dalam suasana iklim ekonomi negara yang tidak menentu.

Katanya, kerajaan sentiasa berpihak kepada rakyat dan akan berusaha keras untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa pilih kasih.

—Bernama

Komen


Berita Berkaitan