Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kinabatangan Dapat Perpustakaan Baharu Tahun Depan

5:40pm 09/11/2015 Pak Roshan 33 views Beaufort,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

BEAUFORT : Pembinaan bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kinabatangan bernilai RM7.5 juta akan dimulakan pada tahun depan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata pembinaan bangunan perpustakaan berkenaan merupakan salah satu daripada beberapa perpustakaan yang dirancang pembinaannya di Sabah pada tahun ini melalui pembiayaan Kerajaan Persekutuan.

“Pembinaan bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Kota Kinabalu di Tanjung Aru sedang dilaksanakan dengan kos RM40 juta dan telah mencapai kemajuan 65 peratus (siap),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak bangunan Perpustakaan Desa Kg Batu 58 dan Perpustakaan Desa Kg Rancangan Klias di Beaufort dan Perpustakaan Desa Kg Kebimbangan, Semporna di sini hari ini.

Cadangan pembinaan tiga Perpustakaan Desa bernilai RM356,000 setiap satu berkenaan diusahakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Kos pembinaan Perpustakaan Desa berkenaan meliputi penyediaan kemudahan teknologi maklumat serta koleksi buku dan pembinaannya dimulakan pada tahun 2013.

Mengenai Perpustakaan Desa berkenaan, Jainab berkata kemudahan itu sudah tentu akan memberi manfaat kepada rakyat terutama penduduk luar bandar dan berharap ia digunakan sebaik-baiknya oleh penduduk selari dengan tujuan murni kerajaan menyediakan Perpustakaan Desa itu.

“Kepada ibu bapa dan pendidik, kita bukan sahaja perlu mengalakkan anak-anak, malah diri kita sendiri seharusnya merebut peluang meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya dapat bersaing atau sekurang-kurangnya mampu menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar,” katanya.

Sementara itu, Jainab juga berkata kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan pembelian tiga unit bas (untuk perkhidmatan perpustakaan bergerak) tahun ini dengan kos RM1.1 juta.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan