Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Kimanis: Negeri Tua, Tanah Keramat’

Anifah Aman (kanan) menerima buku daripada Baszley Bee Basrah Bee. - foto ihsan UMS
Anifah Aman (kanan) menerima buku daripada Baszley Bee Basrah Bee. – foto ihsan UMS

KOTA KINABALU – Daerah Kimanis bukan sahaja mengalami kepesatan dan transformasi ekonomi dan sosial, malah ia mempunyai sejarah tersendiri dengan dokumentasi sejarah menyebut kewujudan Kimanis telah bermula sejak lebih 1413.

Perkara itu dirungkai dalam sebuah buku terbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertajuk ‘Kimanis: Negeri Tua, Tanah Keramat’ yang memaparkan sejarah dan latarbelakang daerah itu melalui penerbitan buku khas.

Buku tersebut telah melalui proses kajian, diseminarkan dan ditulis selama 10 bulan, bermula dari April hingga Disember 2014, hasil suntingan Pensyarah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Baszley Bee Basrah Bee, Eko Prayitino Joko, dan Zainuddin Baco

Buku berkenaan mengandungi 12 bahagian yang ditulis 13 penulis dari pelbagai latar belakang akademik dan fakulti.

Setebal 218 halaman, buku tersebut dilancarkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman bersempena dengan Forum Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 di Dewan Kuliah Pusat 2, UMS baru-baru ini.

Penulisan yang berasaskan kepada kajian lapangan di kawasan Kimanis turut dibantu pelajar pascasiswazah dan pelajar tahun akhir Program Sejarah, FKSW, dengan mengambil tradisi lisan dan sumber lisan masyarakat Kimanis sebagai rujukan, selain sumber dokumentasi sedia ada dari arkib dan perpustakaan dalam serta luar negara.

Buku tersebut antara lain memaparkan warisan semulajadi yang membentuk alam fizikal, fauna dan flora Kimanis, perihal sejarah penduduk dan petempatannya.

Pembaca kemudian dibawa ke zaman tua apabila Kimanis yang berstatuskan negeri dan menjadi titik pemisah antara inner-Brunei dan outer-Brunei bagi Tanah Saba’ atau Utara Borneo.

Seterusnya, kisah mengenai satu-satunya koloni Amerika Syarikat di Malaysia dikongsikan iaitu Koloni Ellena atau jolokan terkenalnya “Ellena Kingdom”. Kimanis menjadi pusat pentadbiran koloni ini yang terbentang dari Kimanis hingga Sandakan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan