Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kilang Kelapa Sawit Musnah Dalam Kebakaran Di Kalabakan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Sebuah kilang kelapa sawit musnah dalan kebakaran di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari pusat bandar ini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Ismaidi Ismail ketika dihubungi berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 5.12 pagi sebelum menghantar sebuah jentera dan lima anggota ke lokasi kejadian.

Pihaknya tiba di lokasi pada 6.10 pagi dan mereka dibantu enam anggota bomba sukarela dari Felda Umas dalam operasi memadam api yang diketuai oleh Kasdi Latimin.

“Mereka dapat memadam api tanpa masalah kerana kilang berkenaan mempunyai sistem saluran air yang baik,” katanya.

Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan