Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kilang Proses Mihun Di China Menjijikkan

10:03am 26/12/2015 Pak Roshan 1511 views Global

meehoon-790x452

SEBUT sahaja mihun atau bihun, pasti ramai yang tahu. Di Malaysia, makanan ini merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai, sesuai dihidang sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.

Namun, di Dongguan, China baru-baru ini, tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana mihun ini diproses sebelum dijual kepada pengguna.

Gambar yang diambil menunjukkan betapa para pekerja di sana tidak menjaga kebersihan yang sememangnya penting terutama dalam memproses barang makanan.

12346542_1216426458373438_5192891559332712911_n

12313914_1216426475040103_1683178341680850064_n

Mi yang berselerak di atas lantai dipijak-pijak oleh pekerja di sana. Lebih menggelikan tekak apabila ada juga pekerja yang tidur lena di atas longgokan mi berkenaan.

12310601_1216426445040106_3891055014585722754_n

Cuba bayangkan, mi yang dibiar atas lantai ini dihinggap oleh sang semut, tikus dan beberapa serangga pembawa kuman lain?

Pihak kilang sepatutnya menjadi peka terhadap isu kebersihan kerana mi ini akan dibungkus dan dijual kepada pengguna.

Apapun, harapnya pihak berkuasa di China akan melakukan penyiasatan dan menghukum tuan empunya kilang ini. Harap-harap kilang yang memproses mihun di Malaysia tidak sebegini. – Sumber: World Of Buzz

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan