Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kilang proses benang tayar, stor perkakas terbakar

KEBAKARAN yang memusnahkan kilang pemprosesan benang untuk tayar dan penyimpanan perkakas, di Kota Kinabalu. - Foto ihsan JBPM Sabah.
KEBAKARAN yang memusnahkan kilang pemprosesan benang untuk tayar dan penyimpanan perkakas, di Kota Kinabalu. – Foto ihsan JBPM Sabah.

KOTA KINABALU: Dua kilang iaitu memproses benang tayar dan tempat penyimpanan barangan perkakas di Pusat Perindustrian Kolombong, Jalan Nountun Inanam di sini, terbakar malam tadi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu kira-kira jam 8 malam itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sabah, berkata kilang memproses benang untuk tayar musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi kilang yang dijadikan tempat penyimpanan perkakas terbakar kira-kira 15 peratus.

Katanya, 23 anggota bomba bersama tujuh jentera dihantar ke lokasi itu sejurus menerima panggilan pada jam 8.16 malam.

“Operasi memadam hanya tamat pada jam 12.30 tengah malam. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.- BH Online

Komen


Berita Berkaitan