Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kilang perabot terbakar di Inanam

Bomba 3 (1)
API… Seorang anggota bomba berusaha memadam api kebakaran kilang perabot di Inanam.

KOTA KINABALU  – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan sebuah kilang perabot daripada musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Kionsom, Inanam di sini lewat petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam bomba negeri, Mohd Affendy K.Ramin berkata, seramai 10 anggota yang diketuai oleh PBK II Laupen Nuar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.00 malam tadi.

“Anggota bomba yang tiba dalam masa 15 minit, kemudian berjaya mengawal dan memadam api kebakaran daripada merebak ke kawasan lain,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, operasi memadam api kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 7.22 malam.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan