Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kilang Perabot Musnah Terbakar Di Sandakan

9:22pm 12/01/2016 Pak Roshan 59 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Batu 8 Jalan Sibuga Bypass berhampiran Taman Anggerik dekat sini, hari ini.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew yang mengetuai operasi itu berkata tiga jentera bersama 17 anggota bomba terlibat dalam operasi memadam api selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.52 tengah hari.

Katanya kebakaran memusnahkan keseluruhan kilang perabot tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 1.20 petang.

Menurutnya punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan