Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kilang kayu terbakar, kerugian RM950,000

TAWAU – Dua stor penyimpanan kayu sebuah kilang papan musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM950,000 di Jalan Tanjung Batu Laut, Kampung Lupon di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, 12 anggota bomba dilengkapi tiga buah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 4.10 pagi Isnin.

“Namun, pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal dan memadam api kebakaran berikutan masalah kekurangan bekalan air di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anggota bomba terpaksa menggunakan sumber air laut untuk mengawal kebakaran tersebut.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.  – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

KEBAKARAN... Anggota bomba berusaha mengawal dan memadam api kebakaran stor penyimpanan kayu sebuah kilang di Tawau.
KEBAKARAN… Anggota bomba berusaha mengawal dan memadam api kebakaran stor penyimpanan kayu sebuah kilang di Tawau.

 

Komen


Berita Berkaitan