Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kilang ikan hangus dijilat api

Anggota bomba berusaha memadam sisa kebakaran yang memusnahkan kilang memproses ikan di Kampung Bubul, Semporna. Gambar SNT /Ehsan bomba

SEMPORNA: Sebuah kilang memproses ikan di Kampung Bubul hangus dijilat api dalam satu kejadian pagi tadi di sini.

Jurucakap bomba berkata, anggota bomba seramai 18 orang bertungkus lumus mengawal api daripada merebak ke kilang berhampiran.

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan dua buah kilang
berhampiran daripada terbakar.

Kilang memproses ikan itu hangus dalam kebakaran. Gamnar SNT/Ehsan Bomba
Dua anggota bomba memeriksa kawasan kilang yang terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Operasi itu berjaya dikawal pada pukul 8.07 minit dan tamat sepenuhnya kira-kira sejam selepas itu,” katanya.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.23 melalui talian
MERS 999. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan