Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kilang Gam Musnah Terbakar Di Sandakan

12:00pm 01/02/2016 Pak Roshan 600 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN – Sebuah kilang gam di Kampung Cenderamata, Jalan Batu Sapi dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata sebanyak 24 anggota bersama sebuah tanker, dua jentera serta lima kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada 8.22 malam.

Bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke dua buah kilang berhampiran termasuk sebuah kilang gas pada 10 malam sebelum padam sepenuhnya pada 11.47 malam, katanya di sini, hari ini.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan