Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KILANG BAJA BIOKIMIA SOKONG INDUSTRI SAWIT – MUSA

11:46am 24/05/2014 Pak Roshan 202 views Perniagaan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

pic-31
LAHAD DATU: Pembukaan sebuah kilang baja biokimia di sini akan dapat menyokong industri minyak sawit khasnya dalam menambah baik dan mengeluarkan minyak sawit yang berkualiti baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata kewujudan kilang itu boleh mengurangkan perbelanjaan dalam industri minyak sawit terutama kos import. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan kilang Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd (SSHF) di sini pada Khamis. SSHF merupakan usahasama antara Sabah Softwoods Berhad dan All Cosmos Industries Sdn Bhd.

Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata kedudukan lokasi SSHF di kawasan Kluster Industri Minyak Saiwt (POIC) Lahad Datu membuktikan komitmen kerajaan serta sektor swasta dalam Menyelaraskan industri minyak sawit serta sektor pembuatan baja selain saling bantu membantu sebagai satu jentera penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya lagi kerajaan sentiasa komited untuk menggalakkan pengeluar serta pengusaha untuk menggunakan teknologi terbaharu termasuk biotelnologi serta mempertingkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menambahkan hasil tanaman.

Justeru, katanya pembinaan kilang baja biokimia berkenaan adalah relevan dan penting bagi menyokong industri minyak sawit dalam menambah baik hasil minyak sait dan juga menghasilkan tanaman berkualiti baik.

Beliau juga mengalu-alukan inisiatif oleh SSHF yang memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk bekerja di kilang tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan