Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kikis amalan “buang sampah dahulu, kemudian dikutip” – Yeo

12:27pm 23/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 23 views Pendidikan,Tempatan
Leong (kedua dari kiri) merasmikan program pengiktirafan Sekolah Bukit Padang Tanpa Sampah dan menyertai kempen pengurangan penggunaan beg plastik di SK Bukit Padang, hari ini dan disaksikan oleh guru besar sekolah itu, Hj. Jaafar (empat dari kanan).

Leong (kedua dari kiri) merasmikan program pengiktirafan Sekolah Bukit Padang Tanpa Sampah dan menyertai kempen pengurangan penggunaan beg plastik di SK Bukit Padang, hari ini dan disaksikan oleh guru besar sekolah itu, Hj. Jaafar (empat dari kanan) dan dif- dif jemputan yang lain. -Syafathin M.Y/SayangSabah

KOTA KINABALU- Mayor Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai menyeru agar semua pihak khususnya pelajar sekolah mengikis amalan “buang sampah dahulu, kemudian dikutip” untuk memastikan Kota Kinabalu menjadi sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan selesa didiami.

Yeo berkata bahawa kawasan tanpa sampah menekankan konsep tiada lagi sampah yang dibuang di merata-rata tempat melainkan ke dalam tong- tong sampah.

“Ini bermakna, semua anak- anak murid tidak lagi membuang sampah di merata- rata tempat dan dikehendaki bercakap tentang amalan membuang sampah di tempat yang betul, walau di mana sahaja mereka berada,”katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Bahagian Pengurusan Penjaja dan Pasar, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tuan Leong Tze Fui ketika berucap sempena perasmian Majlis Anugerah Cemerlang 2015 sekolah Kebangsaan Bukit Padang di Dewan Terbuka SK Bukit Padang, disini, hari ini.

Sehubungan itu, SK Bukit Padang telah diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Tanpa Sampah.

“Saya percaya pihak pengurusan SK Bukit Padang telah bekerja keras untuk mendapatkan pengiktirafan dan penyertaan tersebut.. yang kami lihat sebagai usaha murni oleh pihak sekolah, menyahut cabaran DBKK untuk menyokong Kempen Anti Kutu Sampah yang sedang giat kami jalankan,” ujarnya.

Menurut yeo, sebanyak 144 kawasan- kawasan tanpa sampah di Bandaraya ini berjaya diiktirafkan. Daripada jumlah tersebut, 41 kawasan merupakan sekolah- sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

Sementara itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar memberi sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik.

“Saya mengalakkan orang ramai agar dapat membawa beg- beg plastik sendiri, seboleh- bolehnya beg jenis ‘bio-degradable’ atau bakul sendiri apabila pergi membeli- belah.

Beliau berkata tindakan tersebut dapat membantu mengurangkan pencemaran alam persekitaran yang kini berada dalam tahap yang agak kritikal daripada beg- beg plastik.

Selain itu, Leong turut menyampaikan beberapa anugerah termasuk Anugerah Pelajar Tebaik Pendidikan Khas dan Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2015.

Hadir sama, Guru Besar SK Bukit Padang, Hj. Jaafar Hj. Omar, Guru Besar SK Kolombong merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Kota Kinabalu, Hambali Hj. Shuib dan Guru Besar SK Sri Gaya, Hj. Abd Ghani Mohd Kassim. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan