Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kiki Dibebaskan

kiki dibebaskan

KUANTAN: Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, pada Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam kelmarin selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis membebaskannya selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses berkenaan.

“Kita berpuas hati dengan keterangan diberikannya dan dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam (kelmarin).

“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Siti Fairrah hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada jam 4 petang kelmarin bagi memberikan kenyataan berhubung insiden berkenaan.

KIKI (kiri) tiba di IPD Kuantan untuk memberi keterangan.

 

Abdul Aziz berkata, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi lagi termasuk orang awam dan anggota polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, tetapi buat masa ini, kita membebaskan dulu wanita terbabit selepas berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.

“Namun, kita akan merujuk kepada kepada timbalan pendakwa raya untuk sebarang perubahan seksyen berikutan tindakan wanita itu membuang pengunci stereng yang menjadi bahan bukti dalam kes terbabit,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan