Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Kidzania Go’ disaran diperluaskan ke seluruh daerah Sabah, Sarawak

TAWAU: Program KidZania Go disarankan agar diperluaskan di setiap daerah di Sabah dan Sarawak bagi memberi lebih ramai pelajar berpeluang mengikuti program tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, program berkenaan yang menerapkan dua elemen pendidikan iaitu penguasaan bahasa Inggeris dan mencungkil minat pelajar dalam dunia pekerjaan mampu memberi dimensi baru dalam bidang pendidikan.

“Program ini bukan saja menghiburkan tetapi juga memberi pengajaran serta meningkatkan motivasi para pelajar untuk mencapai cita-cita mereka,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Kidzania Go peringkat daerah di Dewan SJKC Yuk Chin di sini semalam.

“Program berkenaan memberi pelbagai pengalaman yang menarik kepada pelajar serta guru sekolah melalui aktiviti yang immersive dan interaktif yang dijalankan di persekitaran santai dan menarik di kawasan sekolah,” katanya lagi.

Sementara itu, Gabenor KidZania Malaysia dan Singapura, Susanah Abdul Rani berkata sejak program itu dilancarkan pada 2013, ia telah memberi banyak manfaat kepada lebih 500,000 pelajar dari 575 buah sekolah di Semenanjung.

“Pelancaran program pada hari ini (semalam) antara pencapaian terbesar KidZania Go kerana pertama kali diadakan di Malaysia Timur dan kami berharap agar semua peserta mendapat pendedahan serta memberi inspirasi kepada mereka melalui program ini,’’katanya.

Antara aktiviti lakon peranan yang boleh didapati KidZania Go termasuklah watak kerjaya sebagai pengamal undang-undang, pembaca berita, penerbit rancangan, ahli silap mata, doktor  dan lain-lain.

Program Kidzania go adalah taman tema berteraskan pendidikan dan hiburan yang direka khusus untuk pelajar di peringkat usia 4 hingga 14 tahun sebagai pelengkap  pembelajaran aktiviti di luar bilik darjah.

Seramai 3,000 pelajar dan 96 guru dari 46 buah sekolah di daerah ini menyertai program yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula semalam. – oleh Masani Sandan / Sayangsabah

Mary Yap (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Susanah selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kidzania go 2015 Peringkat Daerah Tawau. – foto Masani Sandan / Sayangsabah
Mary Yap (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Susanah selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kidzania go 2015 Peringkat Daerah Tawau. – foto Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan