Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kidball SK Sri Gaya sambut baik pelantikan Jelius

Kota Kinabalu : Kelab Bola Sepak Kidball Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di sini menyambut baik pelantikan Jelius Ating sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Sabah.

Presidennya, Hashizan Hasbullah mengucapkan tahniah kepada Jelius ketika ditemui di SK Sri Gaya, sebaik tiba bersama rombongan pasukan Kidball yang menyertai Karnival Bola Sepak Scot 2017 di Sandakan.

“Jelius mampu membawa Sabah pergi lebih jauh dan pastinya impian untuk melihat pasukan kita bermain di Liga Super akan menjadi kenyataan. 

“Apa yang penting kita perlu memberikan kepercayaan penuh kepada beliau untuk memilih dan membentuk pasukannya,” kata beliau.

Tambah Hashizan, sebagai bekas pemain berpengalaman Jelius atau dikenali juga sebagai ‘Orang Besi’ mampu melakukan sesuatu untuk Skuad Badak.

“Dengan masa yang singkat ketika beliau mengambil alih pasukan sebelum ini, Jelius mampu menyelamatkan Sabah dari terjerumus ke Liga FAM, inikan pula dengan masa yang sesuai pasti kita akan kembali ke Liga Super 2019.

“Justeru, bagi Kidball FC, kita  tetap memberikan sokongan padu di setiap perlawanan samada menang atau kalah, kita akan sentiasa bersama,” ujarnya.

Hashizan turut menjelaskan, Kidball FC ditubuhkan atas inisiatif pengurusan sekolah dan ibu bapa di Sk Sri Gaya sebagai usaha membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi bermula dari usia tujuh tahun.

Malah, penyertaan Kidball FC bawah 12 dan bawah 16 di Karnival bola sepak Scot 2017 di Sandakan adalah permulaan yang baik untuk menilai keberkesanan program yang dilaksanakan.

Menurutnya, kelab berkenaan sedang melaksanakan program perintis Kidball X bawah 16 tahun bagi memastikan kesinambungan program pembangunan berterusan, jelasnya lagi.

Dalam karnival tersebut, Kidball X bawah 16 muncul naib johan manakala Kidball bawah 12 menduduki tempat kelima./Penerangan-

KIDBALL…..pasukan bawah 12 dan 16 bersama Pengurusan pasukan merakamkan gambar kenangan.

Komen


Berita Berkaitan