Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KHIDMAT SETIAUSAHA K’JAAN NEGERI SABAH SUKARTI WAKIMAN DILANJUT SETAHUN LAGI

sukarti

KOTA KINABALU, 8 Jan : Perkhidmatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dilanjutkan selama setahun lagi mulai esok, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini.

“Atas pengalaman luas dan khidmat cemerlang beliau dalam perkhidmatan awam negeri Sabah, kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sukarti, 61, dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri pada 3 Julai 2007 menggantikan Datuk K.Y. Mustafa yang bersara pada 2 Julai 2007.

Beliau, yang memegang jawatan Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri sebelum dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri, juga pernah menjawat jawatan penting lain dalam perkhidmatan awam negeri termasuk Pegawai Kanan di Jabatan Pembangunan Negeri, Pegawai Istiadat dan Protokol di Jabatan Ketua Menteri dan Setiausaha Sulit kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Said Keruak.

Musa juga berkata kerajaan negeri turut bersetuju melanjutkan perkhidmatan Datuk Abidin Madingkir sebagai Mayor Kota Kinabalu selama setahun mulai 2 Feb ini.

Abidin, 60, memegang jawatan itu sejak 31 Jan 2011. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan