Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Khidmat kekasih alam maya

kekasih

Beijing: Laman web e-dagang terkemuka di China menemui cara terbaru untuk mengeksploitasi

kesepian seseorang apabila menawarkan khidmat ‘kekasih maya’ kepada pelanggan menerusi

telefon bimbit.

Syarikat berkenaan, Taobao menyediakan perkhidmatan berharga 20 hingga 30 yuan (RM10-

RM15) dan mengupah beberapa pekerja untuk menghantar mesej dan menelefon pelanggan di

waktu pagi, mendengar rungutan, mengucap selamat malam, dan secara umumnya membuat

pelanggan merasakan mereka bukan orang paling sunyi di dunia.

‘Kekasih maya’ datang dalam pelbagai personaliti, antaranya ‘perempuan seperti patung’ hingga

ke ‘wanita matang.’

Wanita bujang juga boleh memperoleh teman lelaki maya yang memenuhi kehendak mereka

termasuk ‘lelaki berpakaian seragam’, ‘ketua pegawai eksekutif’, dan ‘lelaki yang menenangkan.’

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu berkata, ia cara berkesan untuk meningkatkan

perniagaan mereka. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan