Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Khemah Sementara Untuk Mangsa Kebakaran Di Semporna

adenan

SEMPORNA : Khemah akan didirikan sementara untuk mereka  yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di sini.

Ini dinyatakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata pihaknya sedang berbincang dengan Majlis Daerah Semporna dan Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran untuk mengenal pasti tapak yang sesuai bagi didirikan khemah berkenaan.

“Sekarang kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Semporna, Dewan Belia Semporna dan Dewan Serbaguna Bangau-Bangau.

“Kita lihat keadaan di tempat pemindahan itu agak sesak. Oleh itu kita akan dirikan khemah secepat mungkin bagi memastikan kesemua mangsa terlibat mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa dengan kemudahan yang disediakan,” katanya yang juga Anggota Parlimen Semporna.

Beliau meninjau lokasi kebakaran dan menyerahkan bantuan kepada mangsa. Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi semalam yang memusnahkan 297 buah rumah yang dibina atas air.

Mohd Shafie berkata setakat ini 233 keluarga telah berdaftar dengan Majlis Daerah Semporna dan pendaftarannya masih dibuka sehingga semua mangsa selesai mendaftar.

“Saya minta mangsa yang belum mendaftar agar segera berbuat demikian bagi memudahkan proses pengagihan bantuan. Saya mahu kesemua mangsa terlibat mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Shafie mahu mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan agar menjaga kebersihan bagi mengelak penularan penyakit.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan