Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Khazanah asli dari Utara

Gong pelbagai saiz
Gong pelbagai saiz

DI tepi jalanraya menuju ke Bandar utara Sabah, Kudat, terdapat sebuah Kampung yang terkenal dengan pembuatan gong. Perkampungan kecil  ini yang kenali sebagai Kg Sumangkap memang tdak asing lagi sebab siapa sahaja yang ingin membeli gong, akan berkunjung ke sana untuk tujuan ini.

Di kampung Sumangkan pembuatan gong  merupakan industri yang berkembang maju di mana beberapa keluarga terlibat secara aktif dalam aktiviti ini.

Kalau dipandang dengan sudut perniagaan, aktiviti ini mampu menjana pendapatan yang agak lumayan. Mereka yang terlibat secara langsung dengan pembuatan gong, selalu nya menjual gong-gong mereka di halaman rumah mereka, dimana pembeli akan berkunjung untuk memilih gong yang mereka kehendaki.

Atau mereka akan membawa gong-gong ini ke tamu-tamu atau pasar minggu untuk menjualnya. Selalunya tamu seperti itu diadakan  dipekan-pekan terutama sekali di pantai Barat Negeri ini sekurang kurang nya seminggu sekali.

Gong sebenarnya  sangat penting dalam kehidupan rakyat di Sabah. Kebanyakan daripada 40 kumpulan etnik yang terdapat di Sabah, menggunakan gong dalam untuk pelbagai aktiviti sosial.

Mereka telah mengunakan gong sebagai alat muzik traditional sejak turun-temurun. Ia digunakan sebagai alat muzik untuk menari semasa majlis perkahwinan dan Perayaan Menuai. Mereka juga dipalu semasa mengumumkan ketibaan orang kenamaan. Selain dari itu ia juga digunakan sebagai isyarat bahawa ada kematian diantara penduduk kampung.

Gong juga digunakan sebagai hantaran pada zaman dahulu kerana kegunaannya. Gong yang dinamakan ‘Canang’ selalu digunakan sebagai sebahagian hantaran perkahwinan. Pada hari ini, ia digantikan dengan wang sebab canang bukan mudah didapati, kecuali diKg Sumangkan.

Sebenarnya membuat gong adalah pekerjaan yang remeh. Pembuat biasanya membeli kepingan timah, atau kadang-kadang tong dan ia diketuk  dengan tukul besi sehingga ia rata. Timah itu kemudiannya diketuk hingga ia berbentuk  gong. Ia dibentuk  dalam pelbagai saiz sebab terdapat tujuh saiz dalam satu set gong  .

Pembuat kemudian ketik gong untuk menguji bunyi. Apabila mereka berpuas hati dengan bunyi itu, mereka kemudian mengecatnya hitam dan meletakkan ia untuk dijual. Pada masa kini  mereka juga membuat gong kecil untuk cenderahati. Oleh kerana bukan semua pembeli mahu saiz gong yang besar maka pembuat juga membuat yang kecil dan mengecatnya dengan pelbagai warna untuk cenderakenangan.

Pelancong yang ingin membeli barang-barang ini atau hanya ingin mengambil beberapa keeping gambar kenang-kenangan,  boleh melawat kampung Sumangkap. Ia terletak  kira-kira tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu.- Sayangsabah

Mencuba bunyi gong
Mencuba bunyi gong

Komen


Berita Berkaitan