Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Khaled sudah boleh berjalan

9:02am 08/02/2016 Pak Roshan 356 views Global
KHALED ketika dimasukkan ke hospital pada 2013.

KHALED ketika dimasukkan ke hospital pada 2013.

Riyadh: Seorang remaja Saudi yang pernah dinobatkan remaja paling berat di dunia mula berjalan buat kali pertama.

Portal berita Ajel semalam menyiarkan video menunjukkan Khaled Mohsen Al Shaeri, 17, berjalan dengan bantuan tongkat di rumahnya di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi.

Doktor yang merawatnya di hospital di Riyadh berkata, Khaled sudah susut dua pertiga daripada berat badannya dan dia masih menjalani rawatan untuk turun lebih banyak lagi.

Berat badan remaja itu hampir mencecah 810 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter ke King Fahd Medical City di Riyadh untuk rawatan, selaras dengan arahan Almarhum Raja Abdullah pada 2013. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan