Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Khairy akui negara gagal di Glasgow

kj

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui ketidakmampuan kontinjen negara menggapai tujuh emas yang disasarkan pada temasya Sukan Komanwel Glasgow, baru-baru ini sebagai satu kegagalan.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada rakyat negara ini atas pencapaian mendukacitakan itu.

Beliau yang mengakui terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengkaji keputusan keseluruhan temasya berkenaan sebelum memberi reaksi, turut sedia bertanggungjawab terhadap kegagalan berkenaan.

“Sejak sehari dua ini memang banyak komen diberi oleh peminat sukan tanah air. Semua komen itu saya terima dengan baik. Saya mengakui kita telah gagal.

Tidak perlu saya bagi komen atau alasan yang lain. Bila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan sasaran tujuh pingat emas dan apa yang dicapai hanya enam, itu adalah kegagalan. Tidak perlu saya kata `sasaran hampir tercapai’ atau `sebenarnya prestasi atlet kita baik, cuma tak menang’.

“A failure is a failure, full stop (gagal tetap gagal, noktah). Tidak perlu juga saya menuding jari merata tempat. Saya menteri dan walaupun saya tidak berada di atas padang perlawanan sendiri, saya mesti bertanggungjawab.
“Yang lain, sama ada atlet sendiri, jurulatih, pegawai, MOM, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), persatuan-persatuan sukan – semua di bawah naungan saya. Saya bukan jenis orang yang nak memindahkan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada orang lain. Jadi saya mohon maaf kepada rakyat sebab kita gagal di Glasgow,” katanya dalam status terbaru menerusi akaun Facebook peribadinya, lewat malam tadi.

Pada temasya Sukan Komanwel edisi ke-20 yang berakhir pada Ahad lalu, kontinjen negara menduduki tangga ke-12 selepas mengumpul enam emas, tujuh perak dan enam gangsa. Ia adalah pencapaian paling terburuk negara sejak 1998.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, satu bedah siasat menyeluruh perlu dibuat secepat mungkin dan kajian itu tidak boleh hanya terhad kepada prestasi di Glasgow sebaliknya kena mengambil kira tempoh hampir empat tahun kebelakangan ini.

“Program Latihan Atlet Elit untuk menyediakan atlet kebangsaan bertanding di Sukan Komanwel bermula pada tahun 2011 dan telah menelan perbelanjaan jutaan ringgit wang rakyat.

“Program ini dikendalikan oleh MSN, ISN dengan kerjasama MOM bersama dengan persatuan-persatuan sukan. Adakah pulangan dari program ini setimpal dengan perbelanjaannya? Adakah program ini berkesan? Adakah pengurusan program ini baik? Adakah kita dapat prestasi yang terbaik dari atlet kita melalui program ini? Soalan-soalan ini (dan banyak lagi) perlu dijawab sebelum kita mulakan program baru untuk empat tahun akan datang,” katanya.
Justeru, tegas Khairy lagi, keputusan yang sukar mesti dibuat.

“Kalau ada persatuan, pegawai, jurulatih atau atlet yang underperforming (di bawah keupayaan sebenar), mereka mesti memberi ruang kepada yang lain. Kalau berkali-kali tidak menepati KPI (indeks petunjuk prestasi), mereka mesti berundur atau diganti. Perkara ini mesti dipraktikkan dari atas (saya) sampai ke bawah.

“Empat perkara ini adalah perkara asas yang mesti dipegang sebelum kita melihat jauh ke hadapan untuk mencetuskan kebangkitan sukan negara,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan