Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Khairy Ajak Warga Sabah Meriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Pada 8 Okt

6:33pm 25/09/2016 Pak Roshan 363 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

khairy

KOTA BELUD : Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengajak seluruh warga Sabah terutama golongan belia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2016 pada 8 Okt depan.

“Saya mahu rakyat Malaysia jadi lebih sihat dan cergas,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Varia-C Belia Muhibah Kota Belud 2016 di sini, Ahad.

Khairy berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa sukan hanya untuk golongan muda sedangkan ia penting bagi semua peringkat umur untuk kekal sihat dan cergas.

Ini kerana semua golongan termasuk anak muda perlu mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus mengurangkan peratus rakyat Malaysia menghidap sakit jantung, kencing manis dan obesiti.

Mengenai karnival itu, Khairy memuji penganjuran program tersebut yang dapat mendekatkan belia dengan kerajaan dan pemimpin selain mencungkil bakat kepimpinan belia dan platform untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat.

Karnival bertemakan “Satu Belia, Satu Minda, Satu Agenda” adalah julung kali dianjurkan oleh Persatuan Kelab BMY dan Persatuan Gabungan Aspirasi Baru dengan kerjasama Gabungan Persatuan Belia dan Beliawanis Zon Utara Kota Belud.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Induk karnival Zamzuri Pandikar Amin berkata karnival itu adalah peluang untuk para belia di kawasan tersebut berinteraksi dan bekerjasama dalam mencapai objektif program.

Pelbagai aktiviti diadakan sejak 10 Sept lepas termasuk pertandingan bola sepak, futsal, sepak takraw dan luma perahu serta acara lain seperti persembahan tarian kebudayaan dan pertunjukan kereta.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan