Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Khabar angin Kota Kinabalu diancam IS tidak benar

2:11pm 02/02/2016 Leolerry Lajius 1697 views Jenayah,Tempatan

m.chandra-600x400

KOTA KINABALU: Pihak polis menafikan mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat ancaman IS di Kota Kinabalu.

Khabar angin tersebut disebarkan melalui laman sosial dan mengatakan bahawa Kota Kinabalu diancam IS dan ramai polis telah berada di Hotel Le Meridien berserta dengan kereta kebal dari Lok Kawi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, peningkatan jumlah kawalan polis di sekitar Kota Kinabalu adalah satu langkah menjaga ketenteraman, keselamatan orang awam dan pencegahan jenayah khususnya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

“Peningkatan kawalan di hotel tersebut merupakan SOP biasa bagi tujuan kawalan keselamatan VIP di sesuatu lokasi penginapan,”katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat atau berita tanpa pengesahan dari pihak berkuasa yang berkaitan.

Penyebaran berita yang tidak berasas adalah perbuatan yang menyalahi undang undang kerana boleh menyebabkan kegusaran dan panik terhadap orang awam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan