Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keyakinan penumpang terhadap AirAsia tetap teguh

Orang ramai beratur untuk mendaftar masuk ke pesawat AirAsia.

SINGAPURA – Keyakinan penumpang terhadap AirAsia tetap teguh walaupun berita tentang kehilangan pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 heboh diperkatakan dalam akhbar arus perdana, media dalam talian dan media sosial sejak Ahad lepas.

Perkara ini dapat dilihat di kaunter daftar masuk syarikat penerbangan itu di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi apabila banyak penumpang meneruskan rancangan perjalanan ke pelbagai destinasi.

Beberapa penumpang yang ditemui di sini menyuarakan keprihatinan mereka tentang berita itu serta nasib penumpang dan anak kapal pesawat terbabit, tetapi tetap meneruskan rancangan masing-masing kerana tetap yakin dengan AirAsia.

Melanie Helbling dari Switzerland berkata ini kali pertama beliau menggunakan AirAsia selepas disyorkan ejen perjalanannya.

“Ejen perjalanan saya dan keluarga mereka telah banyak kali menggunakan khidmat AirAsia. Saya mempunyai keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini untuk perjalanan keluarga saya,” katanya kepada Bernama di luar kaunter daftar masuk di Terminal 1 di sini semalam.

Helbling, yang akan ke Phuket bersama lima anggota keluarganya, membaca berita tentang kehilangan pesawat berkenaan ketika berada di Singapura.

“Walaupun ada anggota keluarga saya bimbang, saya beri jaminan kepada mereka bahawa kemungkinan perkara sama berlaku sangat tipis,” katanya.

Sementara itu, Fajria Hasta, 19, berkata beliau lebih suka menggunakan AirAsia kerana selesa dengan perkhidmatannya setelah berbuat demikian beberapa kali.

“Saya tetap yakin dengan perkhidmatannya. Walaupun emak saudara saya menyuarakan kebimbangannya, saya katakan kepadanya nahas tidak berlaku setiap hari dan oleh itu terus menggunakan syarikat penerbangan sama untuk perjalanan hari ini (semalam),” kata penuntut Universiti Brawijaya, Malang ini.

Gadis ini akan berlepas ke Surabaya bersama keluarganya dengan AirAsia pada 2.10 petang ini (semalam) setelah tiga hari berada di Singapura.

Sementara itu, satu penerbangan dari Surabaya menggunakan kod sama, QZ8501, mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 8.40 pagi semalam.

Jurucakap Changi Airport Group berkata perkara yang paling diberi keutamaan pihaknya sekarang adalah kebajikan serta keselesaan anggota keluarga dan sahabat handai yang menunggu khabar terbaru tentang pesawat yang hilang itu.

“Kami juga menyediakan kaunselor untuk mereka serta bantuan lain yang mungkin mereka perlukan. Akses internet dan televisyen juga disediakan. Ketika ini, mereka lebih suka menunggu berita terbaru dari Surabaya,” katanya.

Penerbangan QZ8501, yang dijadual mendarat di sini pada 8.30 pagi Ahad, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi.

Pesawat itu membawa 162 orang, termasuk tujuh anak kapal.

“Kami juga sedang menunggu mereka menyampaikan perkembangan terkini tentang pelan pencarian itu,” katanya.

DSC_0453Sementara itu Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika di tanya sama ada Malaysia akan menghantar lebih banyak aset ke kawasan mencari menyatakan bahawa perkara itu bergantung kepada permintaan Jakarta.

Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 jenis Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad.

Mengenai keadaan pesawat berkenaan, Liow berkata beliau percaya pesawat berusia enam tahun itu layak terbang dan mempunyai segala kemampuan yang diperlukan untuk menghadapi “sebarang ribut di udara”.

Diminta mengulas dakwaan bahawa kini wujud ketakutan orang ramai untuk melakukan perjalanan di dunia sebelah sini, terutama selepas berlaku dua kejadian melibatkan syarikat penerbangan Malaysia, Liow berkata ini bukan masanya untuk bersikap prejudis.

“Saya yakin dengan kelayakan pesawat udara kita melakukan penerbangan serta kemampuan kerajaan kita untuk menghadapi tragedi,” katanya. – Oleh Nor Baizura Basri / Bernama

Komen


Berita Berkaitan