Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kewangan Sabah stabil: KM

cm-pembangkang
Edwin Bosi (ketiga kiri) menunjukkan keratan akhbar kepada Musa (kiri), sambil diperhatikan oleh Chan Foong Hin dan Roland Chia (kanan). Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Keadaan kewangan negeri yang stabil ketika ini tidak memaksa kerajaan Sabah untuk membuat pinjaman melalui Kumpulan Wang Rizab Negeri (KWRN).

Justeru, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pinjaman itu diberikan kepada negeri yang mengalami masalah dari segi kewangan.

“Kita mempunyai rizab kewangan negeri yang mencukupi dan setakat ini kita belum memerlukan pinjaman kewangan daripada KWRN,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Edwin Bosi (DAP-Kapayan) yang membangkitkan perkara itu di luar dewan.

Caruman tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam mesyuarat itu, kerajaan Persekutuan telah bersetuju menyediakan caruman sebanyak RM880 juta kepada KWRN bagi membantu negeri-negeri yang menghadapi masalah dari segi kewangan.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, sebanyak empat buah syarikat kerajaan negeri telah diaudit di bawah Rancangan Audit Tahun 2014 (Siri 1 dan 3 Tahun 2014) iaitu Saham Sabah Berhad, Perkasa Trading Sdn. Bhd., Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. dan Sawit Kinabalu Sdn.
Bhd.

Katanya, beberapa teguran yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara telah dan sedang diambil tindakan oleh syarikat terbabit dan kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu.

Menurutnya, syarikat berkaitan GLC diaudit oleh firma audit swasta dan bukan Jabatan Audit Negara, sebaliknya jabatan tersebut hanya membuat auditan khas ke atas syarikat berkaitan.

Mengenai teguran jabatan berkenaan ke atas empat syarikat GLC terbabit, Musa berkata, isu yang dibangkitkan ke atas Saham Sabah Berhad (SSB) ialah penjualan Unit Saham Amanah Sabah tidak mencapai sasaran dan Skim Pembangunan Rakyat Termiskin melalui Saham Amanah Sabah gagal mencapai matlamat.

Katanya, pihak SSB memakluman bahawa sasaran jualan bagi 2015 telah dicapai, manakala Bank Negara Malaysia telah bersetuju untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman untuk Skim Pembangunan Rakyat Termiskin berjumlah RM40 juta.

Jelas Musa, ia akan dibayar balik secara ansuran selama 10 tahun dan setakat ini jumlah RM4 juta telah dibayar balik. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan