Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keuskupan Agung Kota Kinabalu anjur Pesta Kaamatan ke-17

 Joseph Salvador Marino (kiri) ketika melancarkan gimik perasmian pesta tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Joseph Salvador Marino (kiri) ketika melancarkan gimik perasmian pesta tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Lebih seribu orang pengunjung datang memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan Keuskupan Agung Kota Kinabalu kali ke-17 di Holy Family Church Telipok, di sini hari ini.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Madius Tangau, sambutan pada kali ini amat bermakna kerana Duta Vantikan ke Malaysia Archbishop Joseph Salvador Marino turut hadir.

“Sambutan kaamatan ini bukan sahaja di sambut oleh masyarakat kadazandusun tetapi juga dimeriahkan dan sama-sama disambut oleh seluruh masyarakat.”

“Ini merupakan keunikan masyarakat majmuk yang ada di negara kita kerana setiap perayaan disambut oleh seluruh masyarakat,”katanya ketika ditemui media sempena pesta tersebut.

Sempena pesta tersebut rakaman audio petikan Alkitab dalam bahasa Dusun dan Kadazan juga telah dilancarkan serta turut dimeriahkan dengan persembahan pemantasan dan pelbagai  program yang lain.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan