Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keusahawanan memerlukan keberanian untuk melakukannya-Tawfiq

Tawfiq (dua dari kanan) ketika melawat salah satu booth yang membuat ukiran besi  sempena program berkenaan.
Tawfiq (dua dari kanan) ketika melawat salah satu booth yang membuat ukiran besi sempena program berkenaan.

KOTA KINABALU: “Keusahawanan bermula dengan usahawan yang berpotensi, iaitu seseorang individu yang bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menceburi bidang keusahawanan  semata-mata malah mempunyai jati diri, keupayaan dan keyakinan untuk melakukannya.”

Demikian ungkapan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan ketika berucap merasmikan Seminar Awam Pembangunan Usahawan, di sini, hari ini.

“Bidang keusahawanan merupakan teras dalam menjayakan agenda Model Ekonomi Baru (MEB) yang turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.”

“Melalui  seminar ini para peserta akan diberi pendedahan mengenai kepentingan bidang keusahawanan dan saya berharap program seumpama ini akan melahirkan lebih ramai usahawan dari negeri ini yang mampu menjana pendapatan yang lumayan,”katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan para belia dan juga sentiasa menghargai peranan dan sumbangan mereka.

“Menyedari bahawa pemantapan belia adalah proses berterusan yang perlu digembleng secara bersepadu, kementerian belia dan sukan komited untuk mempelbagaikan lagi ruang dan peluang , menyediakan peruntukan yang besar dan dasar pembangunan yang komprehensif bagi menjana kecemerlangan belia,”katanya.

Seminar berkenaan yang mendapat penyertaan daripada usahawan-usahawan kecil dan sederhana serta pelajar-pelajar Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS) dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan KYTS.-Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan