Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keunikan busana tradisional Sabah wajar dijadikan tarikan pelancong

-Seorang peserta memperagakan pakaian salah seorang pereka fesyen tempatan sempena pertandingan Mr and Mrs Icon 2014. foto Aryan De Vera
-Seorang peserta memperagakan pakaian salah seorang pereka fesyen tempatan sempena pertandingan Mr and Mrs Icon 2014. foto Aryan De Vera

KOTA KINABALU – Usaha beberapa pihak mempromosikan pakaian tradisional pelbagai suku kaum di Sabah berpotensi untuk diketengahkan dan ia mampu menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi berkata, inisiatif itu juga dilihat dapat menyemarakkan lagi budaya bangsa khususnya di kalangan generasi baru.

“Koleksi pakaian yang mewakili setiap etnik ini juga unik dan sewajarnya ia dijadikan sebagai salah satu tarikan, sekaligus menyemarakkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya ketika berucap di peringkat akhir pertandingan  Mr and Mrs Icon 2014, di Ming Garden, di sini semalam.

Seramai 30 peserta terlibat dalam acara yang menampilkan pertandingan peragaan fesyen berkonsepkan tradisional anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPM) Sabah dan Stylo Salon (SS) 9119. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan