Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ketua Wanita UMNO turun padang bantu mangsa kebakaran

3:34pm 03/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Tempatan
Sumbangan.....Aminah menyampaikan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan serta sumbangan peribadi beliau kepada mangsa kebakaran

Sumbangan…..Aminah menyampaikan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan serta sumbangan peribadi beliau kepada mangsa kebakaran

KOTA KINABALU- Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose berkata kerajaan komited memberi keutamaan terhadap rakyat tanpa mengambil kira di mana mereka berada.

Selain itu, katanya, cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dengan dakyah palsu perlu ditolak.

Tambahnya, rakyat di kawasan Kudat diingatkan jangan mudah tertipu dengan janji pihak pembangkang.

“Jangan sesekali terpedaya dengan pujuk rayu golongan ini kerana mereka tidak mampu memberi apa-apa kebajikan kepada masyarakat pelbagai kaum di Sabah,” katanya.

Beliau berkata selepas menyampaikan sumbangan kepada 20 keluarga mangsa kebakaran, 25 pelajar di Kampung Telaga, Kudat baru-baru lalu.

Bantuan berupa wang tunai RM4,800 daripada Kelab Lottery KK Pear, sumbangan barangan makanan  serta 12 kotak makanan seimbangn sumbangan dan Rotary International Food For Hungers dan sumbangan peribadi beliau.

Turut serta dalam lawatan itu Skuad Sayang Wanita UMNO Kudat bersama ahli-ahlinya serta Kelab Lottery KK Pearl dan  Rotary International Food For Hungers.

Sementara itu, Aminah yang juga Ketua Wanita BN Kudat menyeru semua jenteran Wanita BN  bekerja kuat bagi memastikan BN terus menerajui kepimpinan di Parlimen Kudat kerana banyak agenda lagi yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi JKKK Kg Telaga, Pitas, Pacik Naning bin Ansan dan penduduk Kg Telaga- ahlia-ahli RCKK Pearls, Datuk Hjh Zahra Ismail, Mary Chung, Community Service Director RCKK Pearls, Joyce , En Allen, Naib Ketua Wanita UMNO Kudat Rosmiah Elek, Penolong Setiausaha, Masrifah Moktar, Bendahari Hainah Mohd, Ketua Penerangan Norjanah Jamjani, Penyelaras PDM Telaga Pn Apnah Malai dan Timbalan Penyelaras DUN Pitas Ninang Payang, Komander Skuad Sayang Aminah Hj Barsari. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan